Apakah itu Anuiti Beli-Belah?

Anuiti Beli-Belah® adalah satu konsep berevolusi yang membantu pembeli bijak menukar perbelanjaan kepada pendapatan melalui SHOP.COM.

Anda sudah berbelanja! Menukar Pembelian Kepada Pendapatan.

ANUITI TRADISIONAL

Satu anuiti adalah satu proses di mana satu pembayaran tetap dilakukan kepada anda pada waktu selang tertentu untuk tempoh masa tertentu. Untuk menyumbang dana dalam anuiti tradisional, anda mesti menyumbangkan satu jumlah pembayaran tetap sebelum pembayaran kepada anda bermula.

Anuiti Beli-Belah

Anuiti Beli-Belah berfungsi dengan cara yang sama tetapi sangat berbeza. Jumlah pembayaran tetap seseorang Pemilik UnFranchise tidak dibentukkan dalam wangsah, tetapi dalam bentuk masa dan mengubah tabiat membeli-belah.

Anda mencipta jumlah pembayaran tetap anda dengan menujukan pembelian yang anda telahpun lakukan ke SHOP.COM untuk menyumbang kepada Anuiti Beli-Belah anda. Dengan melakukan 4 Langkah Asas dalam Anuiti Beli-Belah dan memastikan rakan kongsi perniagaan dalam dua organisasi jualan dan pengedaran anda menduplikasi langkah-langkah ini, anda boleh menjangkakan untuk memperoleh pendpatan berterusan yang ketara.

Mengubah Ekonomi

Kami sedang mencipta masa hadapan ekonomi dengan menggunakan Anuiti Beli-Belah dan melibatkan pelanggan-pelanggan, di mana mereka pernah disingkir daripada ekonomi membeli-belah. Terdapat lima komponen penting mengapa Anuiti Beli-Belah adalah ekonomi masa hadapan.

Pengagregatan Digital

Maklumat tentang tabiat membeli-belah dikumpul dan digolongkan ikut karakter untuk memadankan orang dengan produk dan produk dengan orang.

Kuasa Belian Kolektif

Pengguna-pengguna bersatu untuk memaksa penurunan harga dan meningkatkan keuntungan dalam bentuk mata wang sosial, BV dan IBV.

Sistem Penjejakan Rujukan

Satu sistem yang menjejak dan menangkap apa yang setiap pelanggan dan Pemilik UnFranchise membeli secara individu dan secara kolektifnya dari setiap kedai, jenama dan pedagang kami.

MPCP

Pelan Pampasan Prestasi Pengurusan (MPCP) menganjarkan setiap Pemilik UnFranchise dengan BV dan/atau IBV bagi beli-belah dan jualan yang dicipta secara individu dan kolektif kemudian membayar komisen berdasarkan volum perniagaan kumpulan.

Pemilikan Berkongsi

Anuiti Beli-Belah mempunyai kebaikan yang kedai-kedai tiada — pelanggan setia, satu peluang perniagaan yang menguntungkan dan perkongsian ekonomi yang memasukkan pelanggannya dalam keuntungan. Apabila anda berkongsi pemilikan ini, anda tidak perlu risau tentang kesetiaan pelanggan anda.