Soalan-soalan Lazim

Melayari Kategori Topik:

Anuiti Beli-Belah

Anuiti Beli-Belah® adalah satu konsep berevolusi yang membantu pembeli bijak menukar perbelanjaan kepada pendapatan melalui SHOP.COM. Tidak seperti anuiti biasa yang ditawarkan oleh bank, anda tidak perlu melaburkan wang yang banyak untuk mula - pelaburan anda adalah apa yang anda telah berbelanja atas pembelian harian. Menukar perbelanjaan anda kepada pendapatan melalui Anuiti Beli-Belah adalah satu proses mudah yang anda boleh lakukan, asalkan anda memahami elemen-elemen asas: beli-belah, dan satu anuiti.

Pemilik UnFranchise® menerima jumlah kredit tertinggi dalam bentuk BV apabila mereka menukar daripada jenama pesaing kepada jenama eksklusif diri sendiri. Bagi item-item lain yang tidak dapat diganti dengan produk berjenama eksklusif, anda boleh cari produk yang mempunyai BV dan IBV tertinggi untuk memaksimumkan pulangan anda. Ia telah disediakan untuk anda dalam Penilaian Anuiti Beli-Belah®, atau anda boleh melayari SHOP.COM untuk cari tawaran terbaik.

Penilaian Anuiti Beli-Belah® (SAA) direka untuk memberi anda satu gambaran tepat tentang nilai masa dan perbelanjaan anda. Dengan adanya lebih banyak butiran terperinci, kami dapat menawarkan hasil dan cadangan yang lebih baik.

Penilaian Anuiti Beli-Belah® disimpan dalam Akaun Perniagaan UnFranchise® anda, dan anda mesti log masuk untuk lihatnya. Maklumat ini disimpan dengan selamat untuk kegunaan anda dan tidak dikongsi dengan orang lain.

Statistik yang kami berkongsi dalam pembentangan kami adalah statistik pihak kerajaan, dan kami menggunakan ia sepertimana yang diterakan. Akan tetapi, kami mendapati bahawa setiap saiz keluarga dan pendapatannya adalah berbeza, dengan sesetengah adalah lebih besar dan sesetengahnya adalah lebih kecil. Sama ada saiz keluarga dan perbelanjaan anda adalah selari dengan jumlah purata ataupun tidak, kami mencadangkan bahawa anda mengambil Penilaian Anuiti Beli-Belah untuk menentukan nilai yang berkaitan dengan saiz isi rumah, bajet dan pendapatan anda.

Semasa memperkatakan tentang unjuran, anda boleh membuat jangkaan yang munasabah untuk membina satu organisasi dengan 12 di sebelah kiri dan 12 di sebelah kanan anda dalam masa satu tahun. Oleh sedemikian, Penilaian Anuiti Beli-Belah® ditetap secara lalai kepada 12 dan 12 dalam Anuiti Beli-Belah untuk menjana satu jangkaan tentang apa yang anda dapat memperoleh dalam satu organisasi yang bersaiz sebegini.

SHOP.COM

Di sini anda dapat cari satu senarai Kedai Rakan Kongsi ikut kategori: https://www.shop.com/stores-a-z

Untuk mengakses syarat-syarat istimewa ini, sila pergi ke tab Semua Kedai di SHOP.COM. Klik pada pautan itu, dan kemudian anda boleh cari atau tarik kedai yang anda ingin lihat syarat-syaratnya. Di halaman Penyenaraian Kedai, jika mereka mempunyai syarat-syarat istimewa, satu pautan akan diletak di bawah nama Kedai Rakan Kongsi yang memaparkan syarat-syarat itu. Pergi ke pautan Syarat-syarat Istimewa untuk memaparkan maklumat ini.

Terdapat banyak sebab bahawa SHOP.COM bukan hanya berbeza tetapi lebih baik daripada program-program pulangan tunai yang lain. Sesetengah faedah-faedah teratas kami:

  • Pilihan Kedai: Kami mempunyai lebih daripada 3,500 Kedai Rakan Kongsi, SHOP Local, Pelancongan, Pasaran (Marketplace) dan juga jenama-jenama eksklusif sebagai pilihan.
  • Jumlah Pulangan Tunai: Kami menawar sehingga 50% Pulangan Tunai sementara kebanyakan laman lain menawar hanya 2% – 5% secara puratanya.
  • Perbandingan beli-belah: Bukan sahaja kami membayar anda untuk membeli-belah, kami juga menjimatkan masa anda dengan mencari tawaran terbaik bagi produk yang anda mahukan.
  • ShopBuddy: Beli-belah bersama anda walaupun anda tinggalkan laman kami, untuk membantu anda mencari tawaran terbaik dan kod kupon serta peroleh Pulangan Tunai walaupun anda tidak mengunjungi SHOP.COM terlebih dahulu.
  • Lebih banyak & Teknologi: SHOP.COM menawarkan beberapa alat dan aplikasi yang anda boleh guna untuk membeli-belah dengan lebih mudah dan menjimatkan, Pemberitahuan Harga, Kedai Trend, Panduan Beli-belah, Daftar Hadiah, Shop Box, Tawaran Hangat dan banyak lagi.
  • Pengongsian Untung: Kami menawarkan peluang untuk berkerjasama dengan SHOP dan peroleh pendapatan berterusan semasa anda membina Perniagaan UnFranchise.

Layari akaun Pulangan Tunai anda di bawah Akaun Saya. Sekiranya anda memenuhi permintaan Pulangan Tunai, satu pautan "tebus sekarang" akan dipaparkan di bawah jumlah Pulangan Tunai anda.

Pesanan

Terdapat beberapa sebab mengapa pesanan anda tidak dikreditkan kepada anda, akan tetapi, sebab-sebab umum adalah:

  • Program-program perisian intip (spyware)/perisian iklan (adware) sedang berjalan.
  • Penetapan pelayar ditetapkan untuk menghalang kuki.
  • Terma-terma Kedai: Contohnya, sesetengah Kedai Rakan Kongsi tidak menganjarkan kredit bagi pembelian kad hadiah. Semak terma dan syarat kedai.
  • Kod Kupon Luaran: Jangan guna kod kupon yang anda terima atau cari di luar SHOP.COM. Kod-kod kupon luaran akan menghalang Pulangan Tunai diambil kira dalam pembelian anda.
  • Iklan Enjin Carian: Berhati-hati dengan Iklan Google dan lain-lain di laman kesetiaan kegemaran anda. Pautan-puatan Google ini dan lain-lain tidak berkelayakan untuk menerima Pulangan Tunai dan tidak dikira dalam program-program Pulangan Tunai/ganjaran kesetiaan.
  • Klik Terakhir Jejak Jualan: Selepas klik dari Kedai Rakan Kongsi SHOP.COM kegemaran anda, jangan klik pada iklan lain dari laman web yang lain.

Jika pesanan tidak ditunjuk dalam masa 7 hari, maka pengguna perlu menghubungi Jabatan Perkhidmatan Pelanggan kami untuk menghantar permintaan pesanan yang hilang. Pesanan seharusnya papar dalam masa satu minggu.

Pelancongan adalah satu senario yang unik — akan tetapi pesanan pelancongan akan mengambil kira hari yang anda menempahnya; walau bagaimanapun, IBV dan Pulangan Tunai tidak akan diganjarkan sehingga selepas anda melengkapi penginapan/pelancongan itu.

ID Perjalanan Membeli-belah merupakan nombor unik yang memberitahu kami bahawa anda sudah keluar dari SHOP.COM untuk mengunjungi Kedai Rakan Kongsi. Ia dapat memberitahu kami setiap kunjungan yang anda lakukan ke kedai rakan kongsi kami mengikut tarikh dan masa.

Klik pada nama anda, dan kemudian Akaun Saya. Anda boleh lihat perjalanan beli-belah dalam talian anda, sumber pesanan, ID perjalanan beli-belah, Pulangan Tunai, dan status IBV serta tarikh perjalanan. Anda boleh klik pada ID Beli-Belah untuk menghantar satu pertanyaan tentang perjalanan itu.

Sila membenarkan sehingga satu minggu bagi pesanan anda ditunjukkan. Kebanyakan pesanan ditunjukkan dalam masa 72 jam; walau bagaimanapun, terdapat situasi di mana seseorang rakan mungkin lewat dalam melaporkan jualan kepada SHOP.COM dan ia mungkin mengambil masa sehingga seminggu untuk ditunjukkan. Jika pesanan anda tidak ditunjukkan selepas tujuh hari mulai tarikh pesanan anda, sila hubungi Jabatan Perkhidmatan Pelanggan kami untuk membantu anda dalam mencari pesanan yang hilang itu. Sila ingat bahawa permintaan berkenaan pesanan hilang hanya diterima sehingga 60 hari mulai tarikh pesanan (90 hari bagi Taiwan).