Latihan
Membina Anuiti Beli-Belah® dengan Bisnes UnFranchise® anda adalah mudah kerana anda cuma perlu mengikuti pelan tersebut. Pilih satu topik untuk mempelajari dengan lebih lanjut tentang amalan-amalan terbaik untuk menjana Anuiti Beli-Belah dan membina perniagaan anda.
Sumber-sumber Latihan
Membiayai Anuiti Beli-Belah Anda
Melengkap Penilaian Anuiti Beli-Belah.
Mencari Pulangan Terbesar Bagi Perbelanjaan Anda
Mengautomatikkan Anuiti Beli-Belah Anda
Membina Perniagaan Dengan Anuiti Beli-Belah
Memahami Daya Pengganda
Berkongsi Anuiti Beli-Belah Dengan Prospek
Duplikasi Dalam Organisasi Anda
Anuiti Beli-Belah untuk Meningkatkan Peruncitan
Melengkap Penilaian Anuiti Beli-Belah.
Mencari Pulangan Terbesar Bagi Perbelanjaan Anda
Mengautomatikkan Anuiti Beli-Belah Anda
Memahami Daya Pengganda
Berkongsi Anuiti Beli-Belah Dengan Prospek
Duplikasi Dalam Organisasi Anda
Anuiti Beli-Belah untuk Meningkatkan Peruncitan
Penilaian Anuiti Beli-Belah menjadikan pembinaan Anuiti Beli-Belah anda lebih mudah, cekap dan berkesan. Sama ada anda mengguna Penilaian anda di peranti mudah alih, tablet atau komputer atas meja, laman tersebut telah disesuaikan bagi peranti itu. Reka bentuk yang kemas ini menawarkan pengalaman pengguna yang lebih baik tanpa mengambil kira jenis peranti yang anda guna untuk mengaksesnya. Hanya log masuk ke UnFranchise.com melalui mana-mana peranti untuk mengakses Penilaian Anuiti Beli-Belah.
Langkah 1: Nilai Masa
Latihan ini mengenalpastikan nilai masa yang anda berbelanja dalam membeli-belah, satu jumlah yang dapat dijimat semasa anda membina Anuiti Beli-Belah anda. Dengan memasukkan pendapatan tahunan anda dan masa yang dibelanja untuk membeli-belah, anda boleh lihat nilai sebenar yang boleh dijimat dengan hanya menukar tabiat beli-belah anda.
Langkah 2: Isi Rumah
Anda akan diminta untuk menambah maklumat spesifik tentang isi rumah anda, seperti bilangan orang dewasa, kanak-kanak, haiwan peliharaan dan kenderaan, agar kami dapat menawar laporan akhir lengkap yang mengambil kira keseluruhan isi rumah anda. Tambahan pula, maklumat terperinci ini membolehkan kami menjana anggaran perbelanjaan isi rumah anda, dan ia akan menganggar perbelanjaan tahunan anda secara automatik untuk membantu kami menawar cadangan yang lebih bernilai untuk isi rumah anda secara spesifik.
Langkah 3: Jenama-jenama Eksklusif
Hanya semak jenis produk yang anda guna, agar anda dapat lihat jenama-jenama eksklusif yang tersedia daripada hanya jenama-jenama pesaing. Ingat, anda menerima pulangan tertinggi semasa anda menukar perbelanjaan anda kepada jenama-jenama eksklusif. Apabila anda lihat hasil carian bagi jenama-jenama eksklusif cadangan anda, anda akan nampak:
- Produk-produk disusun atur dan dibahagikan kepada kategori-kategori seperti Kesihatan Pencernaan, Sokongan Kanak-kanak, dsbnya.
- Produk-produk menawar fungsi Sekilas Pandang untuk menunjukkan maklumat penting, huraian dan testimonial. Sebagai tambahannya, anda dapat lihat imej-imej media sosial daripada UFO lain dan pelanggan-pelanggan yang telah mengguna setiap produk. Membuat keputusan untuk tukar daripada jenama pesaing kepada jenama sendiri terus dari penilaian anda memang mudah sekali.
Langkah 4: Perbelanjaan Tetap
Latihan ini memaparkan kategori dan subkategori yang anda boleh dapat butiran tentang perbelanjaan bulanan anda. Apabila anda menawar butiran-butiran tambahan ini, kami dapat menawar cadangan kedai dan produk yang lebih baik. Contohnya, kategori Makanan dipecahkan untuk memasuk lebih banyak subkategori. Jika anda masuk satu nilai bagi makanan bayi, kami akan mencadang kedai-kedai yang sesuai untuknya. Jika anda masuk 0 di situ, kami tahu agar tidak mencadang jenis kedai dan/atau produk itu untuk anda.
Langkah 5: Perbelanjaan Tahunan
Semasa anda memasukkan perbelanjaan isi rumah anda bagi acara tahunan yang berulang, seperti hari jadi, acara bermusim dan percutian, kami akan membina satu senarai acara yang penting bagi anda. Jenis acara yang berbeza akan menanya anda lebih banyak soalan spesifik agar kami dapat memberi cadangan yang lebih sesuai untuk anda. Sebagai contohnya, semasa anda memasukkan percutian, kami akan menanya anda sama ada anda berniat untuk melancong atau menganjurkan acara, dengan itu kami tahu sama ada mencadangkan kedai-kedai yang sesuai untuk menganjur acara atau tawaran pelancongan. Sistem akan memaklumkan anda melalui e-mel atau teks (jika anda daftar masuk dalam fungsi teks SMS di UnFranchise.com) 60 hari sebelum acara yang dijadualkan untuk mencipta satu MyList (Senarai Saya) dan/atau satu daftar hadiah — dan kemudian sekali lagi pada 30 hari sebelum acara itu. Ia adalah penting untuk meluang masa untuk pilih sebanyak acara yang mungkin agar anda berpeluang menyedia perbelanjaan tahunan yang anda akan lakukan tidak kira apa jua, menuju perbelanjaan itu ke dalam perniagaan anda, membiayai Anuiti Beli-Belah anda, dan membangun pelanggan baharu dengan berkongsi senarai anda dengan orang lain.
Langkah 6: Unjuran
Anda boleh masuk butiran organisasi anda untuk lihat unjuran pendapatan dan penjimatan anda. Jika anda tidak mempunyai sebuah organisasi, kami cadangkan bahawa anda masuk 10 rakan di sebelah kiri dan 10 rakan di sebelah kanan anda yang mengambil bahagian dalam Anuiti Beli-Belah agar dapat lihat unjuran.
Langkah 7: Lengkapkan Laporan
Maklumat yang anda terima dalam laporan akhir anda adalah telah disesuaikan untuk anda dan bersifat interaktif.
- Lihat graf yang menggambarkan penjimatan, pendapatan dan kemajuan anda terhadap status SAMM.
- Produk-produk boleh dimasukkan ke dalam kart, MyList dan AutoShip Anuiti Beli-Belah anda. Anda boleh klik pada produk-produk yang anda mahu untuk masukkan mereka ke dalam senarai-senarai tersedia dengan mudah, atau anda boleh seret dan masukkan mereka ke dalam “bilik-bilik”/senarai-senarai.
- Kedai-kedai dengan BV dan IBV tertinggi akan dicadang berdasarkan saiz isi rumah dan perbelanjaan anda.
- Anda boleh daftar SHOP Local dengan memautkan kad anda dalam penilaian.
Semuanya bermula dengan anda. Setelah anda melengkapi Penilaian Anuiti Beli-Belah, anda perlu melaksanakan penemuan yang anda memperolehi. Bukannya semua perbelanjaan yang dihasil adalah sama. Marilah menerokai cara-cara terbaik untuk memperoleh pulangan tertinggi dan produk terbaik.
Mula dengan Jenama-jenama Eksklusif: BV
Cara yang paling berkesan untuk membiayai Anuiti Beli-Belah anda adalah dengan memaksimumkan bilangan produk berjenama eksklusif yang anda sedang guna. Terdapat beribu-ribu produk untuk dipilih. Ia adalah mudah sahaja; contohnya, daripada membeli pencuci kain jenama pesaing, belilah jenama esklusif anda. Mengapa?
- Produk-produk Superior. Market America Worldwide melabur dalam hubungan jangka panjang dengan pengilang-pengilang yang menghasilkan produk berkualiti secara konsisten pada setiap tahun.
- Harga Terbaik. Oleh sebab kami tidak mempunyai kos overhed yang sama seperti pesaing-pesaing kami, kami boleh menuju penjimatan itu kepada Pemilik UnFranchise dan pelanggan kami.
- Keuntungan Tertinggi. Anda menerima pulangan tertinggi semasa anda menukar kepada jenama-jenama eksklusif. BV purata yang dibayar atas jenama eksklusif adalah 80% BV per dolar.
Bagi Barangan yang Lain, Kedai Rakan Kongsi: IBV
Bagi produk-produk yang tidak dapat diganti dengan produk jenama eksklusif, anda boleh terus membeli jenama yang sama, tetapi ubah cara anda membelinya. Melalui SHOP.COM, syarikat menawar berjuta-juta produk dan perkhidmatan tambahan daripada kedai-kedai terkenal seperti Target, Nike, Apple dan banyak lagi. Kos adalah sama seperti membeli-belah terus dari laman kedai itu, tetapi SHOP.COM dapat membayar Pulangan Tunai, di mana laman-laman individu itu tidak dapat lakukan sedemikian.
Terdapat pelbagai pilihan untuk membeli-belah melalui Kedai Rakan Kongsi kami:
- IBV Hebat (Super IBV): Produk-produk dan jenama-jenama barangan pakai habis yang anda tahu dan suka dengan IBV yang dipertingkatkan.
- Pasaran (Marketplace): Lebih daripada 60,000 produk tersedia dengan IBV yang bertambah. Perkara yang paling baik sekali adalah produk-produk ini datang dari pedagang yang sama, seterusnya mengurangkan caj penghantaran ke percuma atau bayaran yang sangat kecil bagi pesanan di bawah ambang mereka.
- Kedai Rakan Kongsi: Dengan beribu-ribu kedai tersedia untuk dipilih, anda boleh peroleh Pulangan Tunai dan 2% - 50% IBV.
- SHOP Local: Peroleh IBV semasa anda membeli daripada perniagaan tempatan sertaan di komuniti anda.
Kini, anda telahpun mengambil Penilaian Anuiti Beli-Belah dan bersedia untuk memaksimumkan ia dengan menukar perbelanjaan anda sebanyak mungkin. Hakikatnya, memang tidak dapat menafikan bahawa hidup kami sangat sibuk, dan kami mungkin perlu mengunjungi kedai untuk membeli barangan yang diperlukan pada saat-saat terakhir daripada mengunjungi kedai kami. Tanpa perancangan yang baik, memanfaatkan Anuiti Beli-Belah anda dengan sepenuhnya memang penuh cabaran. Berapa kalikah anda perlu mengunjungi kedai untuk membeli hadiah pada saat-saat terakhir, barangan untuk memasak, membersih, barangan kertas, dsbnya?
Mempertingkatkan Cara Menggunakan Anuiti Beli-Belah Secara Mudah Alih bermula dengan mengautomatik dan menjadikan ia mudah untuk menukar perbelanjaan anda kepada pendapatan. Itulah apa yang dilakukan oleh AutoShip Anuiti Beli-Belah! Dengan mengautomatikkan penghantaran produk yang anda akan guna atas asas berterusan:
- Boleh Relaks: Mengetepikan tekanan untuk ingat apa yang anda perlu pesan semula dengan mengautomatikkan pembelian itu.
- Memaksimumkan Perbelanjaan Anda: Tidak perlu pergi ke kedai untuk membeli sesuatu yang anda sudah habis guna. Mengautomatikkan pembelian itu dan memastikan anda mempunyai apa yang anda perlukan serta membeli daripada diri sendiri untuk membiayai Anuiti Beli-Belah anda.
- Jimat Masa: Mengapa perlu mengulangkan proses pembelian produk yang anda sedang membelinya sepanjang masa ini, anda boleh mengguna masa itu untuk melaku sesuatu yang lebih bermanfaat, seperti membina perniagaan anda?
Jadi bagaimanakah ia berfungsi? Ia memang mudah sahaja!
Langkah pertama untuk mengautomatikkan ia adalah mencipta satu senarai di Penilaian Anuiti Beli-Belah dengan seret dan masuk produk-produk yang disyorkan untuk anda. Kami telahpun muat naik beberapa senarai terlebih dahulu seperti “bilik cucian baju”, “barangan dapur” dan banyak lagi, akan tetapi anda boleh menyunting senarai-senarai itu berdasarkan keperluan isi rumah anda. Dengan mengaturkan produk-produk anda dalam senarai, anda akan mendapat satu gambaran keseluruhan tentang produk yang anda perlukan untuk memenuhi keperluan isi rumah anda. Teknologi seret dan masuk telah memudahkan proses ini dan ia juga dapat mencipta senarai dengan cepat. Dengan hanya meluangkan masa anda untuk mencipta senarai-senarai itu sekali sahaja, anda telahpun jimat masa anda daripada mengaturkan senarai-senarai itu setiap minggu.
Mengguna senarai-senarai yang anda telah cipta di Penilaian Anuiti Beli-Belah, anda boleh mencipta sebanyak AutoShip berdasarkan kemahuan anda. Ia memberikan anda kefleksibelan untuk menentukan kekerapan produk-produk tertentu, daripada fikir apa yang diperlukan setiap bulan.
Anda boleh menetap sebanyak AutoShip Anuiti Beli-Belah yang anda mahu berdasarkan apa yang anda perlu memesan semula atas asas berterusan. Senarai yang anda cipta di Penilaian anda adalah satu permulaan yang baik untuk membina AutoShip anda, akan tetapi anda juga boleh menambah produk-produk tambahan dengan menggunakan bar carian. Anda boleh pilih hanya satu item ke dalam AutoShip, dan anda boleh menyesuaikan kekerapan untuk penghantaran. Anda boleh memilih penghantaran yang kerap seperti setiap minggu atau tidak kerap seperti setiap tahun. Setelah anda menambah produk-produk, anda boleh semak bilakah pesanan akan dihantar, pilih masa pengenaan caj, dan juga menangguhkan satu pesanan atau membuat perubahan terhadap satu pesanan dalam masa 48 jam sebelum ia dihantar. Kami akan terus berkomunikasi dengan anda melalui e-mel apabila item-item anda telah dihantar, atau jika sesuatu produk kehabisan stok atau berhenti pengeluarannya, atau terdapat masalah kegagalan penggunaan kad kredit. Jika sesuatu item diberhentikan pengeluarannya, kami akan melaraskan jumlah AutoShip anda secara automatik.
*** Tip Penghantaran: Semasa mencipta AutoShip anda, cuba pilih vendor yang sama seperti Pasaran (Marketplace) — yang menawar lebih daripada 60,000 produk — untuk mengurangan caj penghantaran.
Market America Worldwide menawarkan satu sistem untuk para usahawan mencipta pendapatan tambahan, sementara memberikan cara beli-belah lebih baik untuk pengguna. Teras kepada sistem ini adalah Pelan Ganjaran Prestasi Pengurusan (MPCP) Market America yang memberikan ganjaran kepada setiap Pemilik UnFranchise dengan BV dan IBV bagi semua pembelian yang mereka atau sesiapa yang mereka rujuk lakukan secara langsung atau tidak melalui SHOP.COM.
Anuiti Beli-Belah menggunakan sebanyak 75% bilangan orang yang lebih kurang berbanding biasa untuk memperoleh jumlah pendapatan komisen kerana ia berfungsi sebagai satu daya pengganda untuk mempercepatkan pendapatan berterusan yang dijana melalui MPCP. Dengan menduplikasi sebuah perniagaan dengan satu asas yang merangkumi 10-15 orang pelanggan dan memaksimumkan penggunaan peribadi, Anuiti Beli-Belah menjadi pencetus bagi MPCP.
Manakah pilihan anda?
Sebuah organisasi dengan 50 orang di sebelah kanan dan 50 orang di sebelah kiri, melakukan aktiviti minimum untuk menjana pendapatan ini?
Atau
Sebuah organisasi dengan lima orang di sebelah kanan dan lima di sebelah kiri untuk memperoleh jumlah pendapatan yang sama?
Anuiti Beli-Belah adalah satu daya pengganda dan memerlukan hanya 25% daripada individu yang diperlukan untuk memperoleh jumlah wang yang sama.
Untuk membina sebuah pendapatan tambahan dalam mana-mana industri, anda perlu mencipta manfaat. Model Bisnes UnFranchise adalah pemacu di sebalik pendapatan tambahan yang diperoleh daripada Anuiti Beli-Belah.
Untuk mencipta manfaat, ikuti langkah-langkah mudah berikut:
- Kenalpasti individu yang komited untuk membina pendapatan tambahan.
- Melengkapkan Penilaian Anuiti Beli-Belah Mini untuk menyemak sama ada mereka layak atau tidak.
- Selepas melihat bahawa mereka layak, kongsikan Peluang Bisnes UnFranchise ini.
https://www.marketamerica.com/corporateusa/laman/peluang - Memulakan Rakan Bisnes UnFranchise baharu anda melalui proses pendaftaran UnFranchise.
- Pastikan mereka menyertai latihan. Membimbing mereka untuk menduplikasi langkah yang sama seperti dilalui anda: melaksanakan Anuiti Beli-Belah, mencipta satu kumpulan pelanggan, dan mencari prospek serta merekrut untuk mengembangkan sesebuah organisasi.
Bagi mendapatkan manfaat daripada gandaan berganda Anuiti Beli-Belah ini dan mencipta satu pendapatan tambahan, anda mesti menduplikasi aktiviti-aktiviti asas Anuiti Beli-Belah bersama organisasi anda. Aktiviti-aktiviti ini termasuk melengkapkan Penilaian Anuiti Beli-Belah, mendapatkan pulangan maksimum dengan berfokus kepada produk-produk BV, menghalakan semula sebanyak mungkin perbelanjaan melalui SHOP.COM, menghidupkan fungsi automatik Anuiti Beli-Belah anda untuk tidak terlepas sebarang peluang, dan terus mengembangkan organisasi anda dengan Bisnes UnFranchise anda.
Pelan satu tahun yang asas untuk mengembangkan organisasi anda berbunyi seperti ini: Melakukan duplikasi dengan hanya membantu dua isi rumah setiap sukuan bagi mengubah perbelanjaan mereka kepada pendapatan, dan mengajar mereka melakukan perkara yang sama.
Selama lebih daripada tempoh satu tahun, ia akan berganda untuk kelihatan seperti berikut:
- Sukuan 1: Anda dan dua isi rumah menukar perbelanjaan kepada pendapatan
- Sukuan 2: Sembilan isi rumah menukar perbelanjaan kepada pendapatan
- Sukuan 3: 27 isi rumah menukar perbelanjaan kepada pendapatan
- Sukuan 4: 85 isi rumah menukar perbelanjaan kepada pendapatan
Semuanya adalah mengenai kuasa berganda. Mengajar dua orang untuk menduplikasi menukar perbelanjaan kepada pendapatan ini bakal menggandakan usaha pembinaan sebuah organisasi yang kukuh.
Orang ramai biasanya tidak akan mengesyor buku-buku yang mereka belum membaca atau restoran-restoran yang mereka tidak pernah menjamu selera di situ. Pengesyoran peribadi bermula daripada pengalaman seseorang yang baik terhadap sesuatu produk atau perkhidmatan dan dengan satu niat untuk membantu seseorang.
Mencipta satu kumpulan pelanggan adalah semudah seperti mengesyorkan produk-produk yang anda suka kepada mereka yang memerlukan produk-produk itu. Ingat, orang ramai tidak penduli apakah fungsi sesuatu barangan tetapi mereka hanya mengambil berat tentang kebaikannya. Pendek kata, pendidikan produk dan jawapan bagi mengapakah ia berkesan hanya akan timbul selepas seseorang itu sedar bahawa bagaimanakah ia dapat menyelesai sesuatu masalah untuk mereka.
Untuk menjana minat terhadap produk dan perkhidmatan, anda harus berkongsi testimonial pihak pertama dan pihak ketiga. Testimonial pihak pertama berasal daripada pengalaman peribadi anda dengan produk itu. Sebagai contohnya, jika anda menggunakan Skintelligence® pH Skin Normalizer, anda mungkin mempunyai testimonial seperti: "Saya gunakan semburan pH normalizing pada muka saya dan saya suka rasanya, selepas itu, saya mendapati bahawa saya boleh sembur sedikit pada rambut saya, dan ia telah menghaluskan rambut kembang saya!” Testimonial seperti itu dapat membuatkan seseorang berasa teruja tentang bagaimanakah sesuatu produk adalah baik untuk penjagaan kulit mereka ... dan sebagai bonus, penjagaan rambut. Setelah anda memulakan perbualan itu, anda boleh berkongsi butiran produk, soalan lazim, perbandingan dan sains tentang produk itu dengan menghantar satu pautan produk kepada pelanggan anda agar dia dapat memahami dengan selanjutnya. Turutan bagi proses ini adalah penting — anda mahu mula perbualan terlebih dahulu untuk mengenal pasti keperluan dan semak sama ada ia adalah sesuai sebelum menghantar maklumat produk. Untuk memulakan satu perbualan yang baik, anda mesti mempunyai pengalaman dan/atau pengetahuan tentang produk-produk. Dengan mengguna jenama-jenama eksklusif anda, anda akan membina pengetahuan produk anda secara organiknya dan mencipta lebih banyak cerita untuk berkongsi dengan pelanggan berpotensi.
Cara kedua untuk berkongsi testimonial dengan pelanggan berpotensi (ataupun membuat keputusan pembelian untuk diri anda) adalah melalui testimonial pihak ketiga. Semasa anda lihat Penilaian Anuiti Beli-Belah anda, anda akan menjumpai pos media sosial tentang produk-produk kami yang dipapar oleh konsumer. Dengan belajari cara mereka mengguna produk dan kebaikan yang mereka sedang menikmati, anda dan pelanggan anda dapat membuat keputusan pembelian dengan lebih mudah.